Resepi Tomyam Putih




Resepi Tomyam Putih

Bahan-bahan
  • 1 biji bawang holland dipotong 6
  • 20 tangkai cili api (diketuk)
  • 1 inci halia (dimayang)
  • 5 ulas bawang putih (dimayang)
  • 3 btg serai  (diketuk)
  • 1 ekor ayam
  • 2 helai daun limau purut
  • 2 biji limau nipis (diambil jus)
  • 1 biji limau purut (diambil jus)
  • 1 sb sos ikan
  • 2 batang lobak merah
  • 2 biji tomato
  • Sedikit bunga kobis
  • Garam secukup rasa
Cara buat Tom Yam Putih

  1. Tumiskan bawang holland, bawang putih, halia,serai dan cili api.
  1. Masukkan ayam. Kacau sekejap dan masukkan air.
  1. Apabila sudah mendidih masukkan sos ikan dan garam secukup rasa.
  1. Masukkan sayuran (kecuali tomato). Kemudian masukkan sedikit demi sedikit jus perahan limau nipis dan limau purut.
  1. Masukkan tomato dan daun limau purut. Biarkan seketika dan bolehlah padamkan api. Siap.
 

Tiada ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.