Blogger Informasi

Follow Us

Rabu, Januari 25, 2023

Lelaki tertinggi dunia bimbang terpijak lelaki paling pendek

 


Lelaki tertinggi dunia, Sultan Kosen pernah meminta pegawai Guinness World Records untuk menjauhkan dirinya daripada lelaki paling pendek apabila mereka bertemu kerana bimbang akan memijaknya, lapor akhbar New York Post semalam.

Kosen yang memiliki ketinggian 2.51 meter (8 kaki 2.82 inci) dari Turkiye bertemu lelaki terpendek, Chandra Bahadur Dangi di London pada 2014.

Dangi yang berasal dari India, memiliki ketinggian 0.53 meter sebelum meninggal dunia pada 2015.

“Saya meminta pegawai Guinness supaya menjauhkan Bahadur daripada saya. Saya sangat takut terpijak Bahadur secara tidak sengaja dan mematahkan badannya,” kata Kosen kepada YouTuber Turkiye, Ruhi Cenet.

Bagaimanapun, Kosen berkata bahawa mereka berjaya bertemu pada 2014.

Kosen, 40, juga bertemu wanita terpendek di dunia iaitu pelakon India, Jyoti Kisanji Amge, yang tingginya hanya 0.60 meter semasa berada di Mesir pada 2018.

Kosen yang masih memegang gelaran lelaki paling tinggi di dunia, mendedahkan bahawa apabila dia bertemu dengan manusia terkecil, dia sebenarnya tidak dapat mendengar apa  yang mereka katakan kerana dia sangat tinggi.

Kosen hampir kehilangan gelarannya pada 2022 apabila Sulemana Abdul Samed, 29, dari Ghana mendakwa bahawa dia berketinggian 2.89 meter.

Bagaimanapun, peralatan pengukur Sulemana didapati rosak, sekali gus membolehkan Kosen mengekalkan gelarannya. 

Sumber : Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.