Blogger Informasi

Follow Us

Jumaat, Disember 09, 2022

Resepi Kari Ayam Sedap

 


Resepi Kari Ayam Sedap
BAHAN-BAHAN:
  • 1 ekor ayam saiz sedang – bersihkan dan potong kecil
  • 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih & buah pelaga)
  • 3-4 ulas bawang merah – dikisar
  • 2 ulas bawang putih – dikisar
  • 1 cm halia – dikisar
  • Minyak masak
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 paket serbuk kari ayam
  • Serbuk cili
  • 2 sudu teh cili boh
  • Garam
  • 1 kotak santan
  • 2 kotak kecil air – sukat guna kotak santan
  • 3 biji ubi kentang
  • Gula – tujuan untuk melemakkan kari
  • Cili merah – pilihan
CARA MEMASAK:
1. Tuangkan minyak. Bila sudah panas, masukkan 4 sekawan, bawang merah bawang putih dan halia yang dikisar.
2. Tumis sampai naik bau. Kemudian masukkan daun kari.
3. Masukkan rempah kari ayam/daging dan cili serbuk. Tambah sedikit sahaja cili boh. Gaul dan tambah air sedikit.
4. Masukkan garam secukup rasa.
5. Kemudian masukkan ayam yang telah dicuci bersih. Gaul sehingga rata.
6. Masukkan santan segar atau santan kotak.
7. Masukkan ubi kentang.
8. Tambahkan sedikit gula bertujuan untuk melemakkan kari.
9. Masukkan lada jika suka.
10. Siap apabila kuah sudah pekat dan cukup rasa.




 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.