Blogger Informasi

Follow Us

Jumaat, Disember 09, 2022

Penginapan Selesa dan Luas di Troika Kota Bharu

 


Jika ingin bercuti di Kota Bharu, Kelantan, mungkin anda boleh cuba menginap di Troika Residensi. Bagi anak yang ramai, sesuai menginap di sini kerana ada ruang tamu, dapur dan bilik yang luas berbanding tidur di hotel.

Kami ambil suite satu bilik. Agoda bagi harga murah RM128 semalam. Harga berubah-ubah mengikut hari. Ada juga suite dua bilik untuk keluarga besar. Ada ruang dapur untuk memasak, TV ada Netflix dan Wifi pun laju.

Boleh guna kolam renang dan gimnasium di Tingkat 6 dari jam 9.00 pagi - 10.00 malam secara percuma. Dekat bawah ada McDonald dan Starbuck.

Troika ini betul-betul di tengah bandar Kota Bharu, dekat dengan KB Mall dan Hotel Perdana. Parking sebuah kereta percuma di Tingkat 4. Kami dapat bilik di Tingkat 26. Akses ke bilik penginapan menggunakan kad akses. Jadi, hanya penginap yang ada kad akses sahaja yang boleh keluar dan masuk. FB : Mohd Adha Mohd Zain

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.