Blogger Informasi

Follow Us

Selasa, November 29, 2022

Warna sebenar Planet Pluto

 


Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menyiarkan imej warna sebenar Planet Pluto di laman Instagram. Laman berita Wion News semalam melaporkan bahawa gambar itu dirakam daripada misi New Horizons.

“Jasad planet kecil (Pluto) Sabtu (kelmarin),” demikian keterangan pada gambar yang dimuat naik itu.

Tambah keterangan sama,  gambar itu dirakam pada jarak 35,445 kilometer dari Planet Pluto. Ia  turut mendedahkan glasier besar Pluto  yang terbentuk daripada gas nitrogen dan metana  serta dikenali sebagai ‘jantung’.

Planet itu dianggap mengandungi bahagian dalaman berbatu dan berkemungkinan mempunyai lautan di bawah permukaan, manakala permukaannya dilitupi  ais yang terdiri daripada air, metana dan nitrogen.

Menurut NASA, permukaan Pluto berkawah, berwarna putih dan sawo matang serta merah keperangan. 

‘Jantung’ separa yang boleh dilihat itu berwarna putih manakala warna sawo matang dan putih berada di bahagian atas gambar bagi menggambarkan permukaan merah coklat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.