Blogger Informasi

Follow Us

Rabu, November 30, 2022

Jika terima Surat Tunjuk Sebab Tindakan Tataterib



Guru dan penjawat awam ada peraturan yang perlu diikut. Penjawat awam tidak boleh mengeluarkan kenyataan awam berdasarkan Peraturan Peraturan 19: P.U (A) 395/1993. Sekiranya ada pandangan/ pendapat boleh dibawa untuk perbincangan. Ada saluran yang perlu diikuti.

Di laman web jabatan, juga ada kolum ‘hantarkan pandangan/cadangan anda kepada kami’. Itu juga salah satu salurannya.

Untuk kes tatatertib guru biasanya tertakluk kepada bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP). Boleh semak prosiding & tatacara tindakan tatatertib.

Tidak perlu lantik peguam dahulu, anda kena jawab dulu representasi pembelaan diri. Nanti Lembaga Tatatertib akan putuskan tindakan berdasarkan representasi pembelaan diri cikgu tu.

Kalau hukuman sudah dijatuhkan, boleh buat rayuan. Kalau rayuan ditolak baru lantik peguam untuk tindakan seterusnya. Ini langkah jika seseorang penjawat awam dikenakan tindakan tatatertib.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.