WhatsApp alami masalah

 


Platform mesej terbesar, WhatsApp dilaporkan mengalami masalah gangguan dan pengguna tidak boleh menghantar atau menerima mesej baharu.

Berdasarkan laman web ServerDown menunjukkan bahawa gangguan berkenaan dialami hampir semua pengguna di seluruh dunia dan masalah itu sudah berlaku sejak 30 minit yang lalu.

  Pada masa sama, pengendali platform berkenaan masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung masalah terbaharu yang dihadapi oleh aplikasi mesej paling popular berkenaan.

 Laporan lain menyatakan bahawa masalah gangguan itu berkemungkinan besar berpunca daripada sistem pelayan utama.

Sebelum ini, platform mesej popular berkenaan pernah mengalami masalah sama beberapa bulan lalu apabila pengguna turut menghadapi masalah iaitu tidak boleh menghantar serta menerima mesej baharu.

Catat Ulasan

0 Ulasan