Wajah Bilal anak Neelofa tular?

 


Gambar Bilal yang dikongsi oleh Neelofa sebelum ini
Selebriti dan usahawan popular, Neelofa terkilan tindakan individu yang didakwa menyebarkan wajah anaknya, Muhammad Bilal melalui aplikasi TikTok.
Neelofa menyifatkan perbuatan individu terbabit sebagai tindakan yang tidak menghormati dirinya yang juga ibu kepada Muhammad Bilal.
Neelofa mengakui perbuatan itu menyinggung perasaannya apabila keputusan memperkenalkan Bilal pada waktu yang sesuai, tidak dihormati sesetengah pihak.
"Sebagai ibu, semestinya perbuatan menyebarkan gambar itu menyinggung perasaan. Kalau terserempak atau terjumpa Bilal di luar, saya tak halang dan tidak akan sorok mukanya.
Namun, apabila ada pihak yang memuat naik dan sebar dalam media sosial, ia seolah-olah tidak menghormati kami sebagai ibu dan ayah Bilal... Melangkaui kami pula.
"Saya terkilan... Seharusnya, mereka beri saya kesempatan sebagai ibu yang melahirkan untuk berkongsi sendiri wajah anak saya," katanya.
Terdahulu, wajah bayi dikatakan Bilal tular apabila seorang pengguna TikTok didakwa memuat naik video seorang wanita sedang mendukung anak itu.
Video yang dikatakan dirakam secara sembunyi, dipercayai diambil di sebuah klinik.

Catat Ulasan

0 Ulasan