Malaysia mengundi PRU15 pada 19 November 2022
SPR membuat pengumuman penting itu selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen pada 10 Oktober lalu bagi memberi laluan kepada PRU15.
PRU15 melibatkan sebanyak 222 kerusi Parlimen dan sebahagian sahaja kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berikutan empat negeri sudah melaksanakan Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum ini selain ada negeri tidak membubarkan DUN.
Negeri yang melaksanakan PRN sebelum ini antaranya Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor.
Terdahulu, Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) mengambil keputusan untuk tidak membubarkan DUN Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.
Pada masa sama, Pas juga kekal dengan pendirian untuk tidak membubarkan DUN melibatkan Terengganu, Kelantan, dan Kedah.
Tiada ulasan
Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.