Hobi aneh wanita bermain ulat


 


Seorang wanita menjadi perhatian di media sosial Indonesia apabila memuat naik beberapa klip video yang memaparkan aksi dia meletakkan ulat peliharaan pada wajahnya, lapor laman berita Liputan6.

Video-video itu dimuat naik dalam akaun TikTok @yuli_elsa.

Wanita yang mempunyai hobi suka bermain dengan ulat itu dikenali sebagai Yessta. Dia mengaku sudah biasa bermain dengan ulat sejak kecil lagi.

Menurut Yessta, dia tidak berasa takut atau jijik apabila bermain dengan ulat peliharaannya kerana haiwan itu sudah biasa menjadi mainannya semasa kecil.

Aksi Yessta meletakkan pelbagai jenis ulat di wajahnya turut membuatkan netizen berasa geli dan takut dengan ramai antara mereka menjadi hairan melihatkan hobi pelik gadis itu.

“Saya fobia dengan ulat, saya terkejut melihat aksi ini,” komen seorang netizen.

“Saya akan terus menangis jika ulat terjatuh di baju,” komen netizen lain. 

Sumber dari Agensi

Catat Ulasan

0 Ulasan