Cikgu Fadli bebas daripada tindakan tatatertib


Lembaga Tatatertib Kementerian Pendidikan (KPM) memutuskan guru matematik Mohd. Fadli Mohamed Salleh tidak bersalah dan bebas daripada tindakan tatatertib.

Perkara itu disahkan menerusi sebuah surat menyatakan ketiga-tiga pertuduhan terhadap Mohd. Fadli digugurkan.

Bagaimanapun, surat yang ditandatangani Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan, Datuk Yusran Shah Mohd. Yusof itu tidak dapat dipastikan kesahihannya setakat ini.

Terdahulu, Mohd. Fadli mengumumkan akan membuat siaran langsung mengenai keputusan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan itu pada pukul 8.30 malam Selasa menerusi akaun Facebook dan TikTok miliknya.

Semalam, Ketua Pengarah Pendidikan melaporkan keputusan hasil mesyuarat Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan yang bersidang akan diserahkan kepada Mohd. Fadli.

Mesyuarat itu dibuat selepas menerima surat representasi Jumaat minggu lalu sekali gus menyangkal dakwaan Mohd. Fadli sudah dijatuhi hukuman.

Sebelum ini, Mohd. Fadli melalui media sosialnya mendakwa akan dikenakan tindakan dibuang kerja atau diturunkan pangkat kerana menyuarakan pandangan mengenai silibus pembelajaran yang menurutnya terlalu tinggi dan tidak sesuai. 

– KOSMO!

Catat Ulasan

0 Ulasan