Bantuan khas dan naik gaji untuk penjawat awam pada 2023

 


1.3 juta penjawat awam gred 56 ke bawah akan diberikan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM700.

-ADVERTISEMENT-

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, menerusi pembentangan Bajet 2023 di Dewan Rakyat, pada petang Jumaat.

Bagi satu juta pesara kerajaan pula, mereka akan menerima RM350.

Selain itu, semua penjawat awam Gred 11 hingga 56 juga akan menerima kenaikan Gaji Tambahan Khas 2023 sebanyak RM100.

"Sukacita juga diumumkan, Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2023 dinaikkan kepada RM600 dan dibayar pada Mac 2023.

"Bersama dengan Kenaikan Gaji Tambahan Khas 2023 sebanyak RM100 yang berkuat kuasa Januari 2023 dan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM700.

"Ini menjadikan jumlah tambahan keseluruhan untuk penjawat awam yang layak pada tahun 2023 adalah sebanyak RM2,500," katanya.

Sumber dari mSTAR

Catat Ulasan

0 Ulasan