Gardenia perkenal Mi Segera Numee

 



Gardenia sudah memperkenalkan mi segera seperti Maggi iaitu Mi Segera Numee.

Pasaran mi segera ini sangat besar kerana ia makanan orang yang mahu berjimat, malas masak dan mahu cepat walaupun kita tahu ia makanan yang kurang berkhasiat dan tinggi kandungan garam.
Namun mee segera seperti sardin juga menyaksikan kenaikan harga. Harga pengenalan mee segera Gardenia RM3.99.

Tekstur Mi Segera Numee Gardenia lebih lembut dari Maggi. Perencah Kari Numee mungkin tak boleh lawan perencah Maggi. Perencah kari Gardenia ada rasa macam mee Cintan dan Adabi. ecara peribadi, perencah Mi Maggi lebih sedap.

Ia didatangkan dalam perisa Kari dan Ayam.


Catat Ulasan

0 Ulasan