Cara tukar Kad Debit CIMB secara online

 


CIMB telah pun menyediakan laman khas untuk memudahkan pengguna memdapatkan kad debit baharu tanpa perlu ke cawangan. Majoriti kad debit boleh berbuat sedemikian.

Cara menukar kad debit CIMB menerusi dalam talian

1. Layari laman web khas CIMB untuk memohon pembaharuan kad debit.

2. Anda isikan maklumat yang diperlukan termasuklah enam angka nombor terakhir IC dan empat angka terakhir kad debit pada ruangan yang disediakan. Setelah selesai teruskan dengan klik pada PROCEED.

3. Selepas itu, dapatkan nombor OTP yang dihantar menerusi nombor telefon yang telah didaftarkan dan isikan nombor OTP untuk pengesahan. Klik Confirm untuk pergi ke proses seterusnya.

4. Pilih proses pembaharuan kad debit sama ada penghantaran atau kunjungan ke cawangan CIMB. Anda disarankan untuk mengambil pilihan pertama untuk penghantaran kad terus ke rumah tanpa perlu pergi ke cawangan lagi. Klik Proceed selepas sudah menandakan pilihan pertama.

CIMB juga tidak mengenakan sebarang cas untuk pembaharuan kad debit.

Catat Ulasan

0 Ulasan