Cara Daftar Netflix Malaysia dan Caj Langganan

 

Netflix adalah platform penstriman video dimana anda boleh menonton pelbagai filem, series, animasi, dokumentari dan beberapa kandungan filem tempatan tanpa had.

Anda perlu mendaftar langganan Netflix secara bulanan untuk mendapat akses tontonan. Jadi anda bebas untuk menonton dimana-mana dan bila-bila masa sahaja sama ada melalui laptop, komputer, tv atau melalui telefon pintar anda. 

Anda juga boleh memuat turun rancangan TV dan filem pada peranti iOS, Android atau Windows anda.

Yuran Langganan (Subscription) Netflix

Untuk menonton Netflix, anda perlu melanggan secara bulanan dengan 4 plan yang disediakan mengikuti kesesuaian bajet anda iaitu bermula serendah RM17 hingga RM55.

4 pelan tersebut ialah Mobile RM17, Basic RM35, Standard RM45 dan Premium RM55.



Ikut langkah mudah ini untuk memulakan tontonan di Netflix :

  1. Lawati netflix.com/signup atau download aplikasi Netflix di Google Store.
  2. Pilih pelan yang sesuai dengan anda.
  3. Cipta akaun dengan memasukkan alamat e-mel anda dan mencipta kata laluan.
  4. Masukkan kaedah pembayaran. Sebagai ahli Netflix, anda akan dikenakan caj sekali sebulan pada hari yang sama dengan hari pendaftaran anda.

Anda kini sudah boleh mula menonton Netflix untuk tempoh 30 hari sebelum langganan bulan seterusnya.

Cara Cancel / Tamatkan Langganan Netflix 

Anda boleh tamatkan langganan Netflix pada bila-bila masa sahaja.

Anda tidak akan terikat dalam tempoh kontrak tertentu seperti Astro.

Jika anda ingin menamatkan langganan Netflix, anda hanya perlu:

  1. Login ke akaun Netflix
  2. Tekan menu Account
  3. Pilih butang ‘Cancel Membership’
  4. Untuk melihat maklumat penuh dan hari terakhir akaun anda aktif, sila klik pada bahagian ‘Billing Details’

Jika anda membuat pembatalan akaun dalam masa yang lebih awal daripada tempoh caj bulanan, anda boleh terus menonton Netflix sehingga akaun anda ditutup secara automatik mengikut tempoh langganan bil.

Untuk maklumat lanjut tentang Netflix Malaysia, sila layari https://www.netflix.com/my/ atau hubungi 1-800-819-742

Catat Ulasan

0 Ulasan