Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api


Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam, potong kecil
  • 5 biji cili padi (ditumbuk halus)
  • 1 helai daun kunyit
  • 1 ketul kunyit hidup (ditumbuk halus)
  • 1 batang serai yang ditumbuk
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 kotak santan
  • garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaan:

  1. Bersihkan dan potong ayam mengikut saiz yang dikehendaki.
  2. Panaskan kuali dengan api yang perlahan. Masukkan ayam ke dalam kuali tanpa menggunakan minyak. 
  3. Masukkan cili dan kunyit yang sudah ditumbuk halus ke dalam kuali dan gaul sebati bersama ayam selama beberapa minit.
  4. Masukkan air, santan dan serai. Masak di atas api perlahan sehingga ia mendidih.
  5. Sentiasa kacau supaya santan tidak pecah. Tambah air jika kuah terlalu pekat.
  6. Selepas 15-20 minit, angkat dan hidangkan.

Tiada ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.