Pegawai Rekod Penjara

 


ARWAH AYAH dahulu bertugas sebagai Pegawai Rekod di penjara. Pesalah yang telah dijatuhi hukuman akan dibawa ke penjara oleh pihak polis. Ayahlah orang pertama yang pesalah akan jumpa di penjara. Setelah semua maklumat pesalah dan gambar diambil, secara rasmi mereka akan dipanggil banduan. Menurut ayah, pesalah yang datang biasanya emosinya bercampur baur antara sedih, marah dan tidak puashati. Jadi, ayah akan sentiasa senyum dan tenang supaya mereka tidak beremosi.

Tugas Pegawai Rekod bukan setakat kerja-kerja pentadbiran sahaja tapi apabila berlaku rusuhan atau banduan melarikan diri, arwah ayah akan menjadi perunding. Orang putih panggil "Negotiator". Selain itu, jika banduan ada masalah dan perlukan bantuan nasihat juga akan berjumpa ayah. Banduan yang telah dibebaskan juga kali terakhir akan berjumpa ayah untuk menerima barangan peribadi, wang dan nasihat supaya mereka jangan kembali ke penjara.

Arwah ayah selalu berpesan, jika takut masuk penjara dan digelar banduan, jangan sesekali buat jahat sekalipun jenayah kecil. Di dunia pun kita sudah terkurung di dalam penjara.

Foto pada 1 Januari 1963.

Catat Ulasan

0 Ulasan