Anak berkelakuan pelik tanda OCPD?

 


JIN BUDAK ikut naik kereta?
Semasa kami di Pahang dan Johor, salah seorang anak kami berkelakuan pelik. Nampak simptom awal macam OCPD iaitu Obssessive Compulsive Personality Disorder atau Personaliti Obsessif Kompulsif, sejenis kecelaruan personaliti dengan sifat individu yang amat mementingkan kebersihan, ketelitian, kesempurnaan.
Dia sentiasa cakap tangan dia kotor dan bertanya perlu ke basuh tangan? Selepas beberapa ketika, dia akan bertanya lagi soalan yang sama. Sedangkan saya lihat tangannya tidak kotor pun.
Selepas balik Terengganu, keadaan tidak berubah malah lebih teruk apabila dia selalu cakap ada air atas lantai dan seluar dia basah sebab kencing. Sedangkan saya lihat tiada air pun di atas lantai. Seluar dia pun tak basah.
Budak yang mengalami OCPD dan OCD memang akan menunjukkan simptom terlalu pembersih. Tapi naluri saya berkata ini bukan OCPD sebab jari tangan dia kadangkala seolah-olah membengkok macam jerangkung dalam cerita seram terutama pada waktu malam dan awal pagi.
Kami bawa dia jumpa kenalan yang pandai Perubatan Islam yang kami panggil Haji. Dia cakap anak kami kena gangguan, ada benda ikut kami balik ke Terengganu. Mak aii... beratus kilometer pun dia ikut. Jin ini suka travel agaknya. Kemungkinan jin ini pun budak yang nak berkawan dengan budak yang dia suka.
Haji yang kami jumpa ini spray air yang dibacakan doa kepada anak kami. Dia bekalkan air doa untuk kami spray dalam rumah dan kereta setiap pagi dan sebelum maghrib. Dia tak berhadapan secara langsung dengan makhluk ini tapi menggunakan cara halus supaya makhluk ini akan rasa 'panas' dan lama kelamaan akan lari dengan sendiri.
Setiap hari saya azan dan bacakan ayat ruqyah di dalam rumah. Syukur Alhamdulillah dengan izin Allah SWT, hari kelima saya spray air yang dibacakan doa ini, simptom itu terus hilang. Jari tangan anak kami ini sudah tak membengkok macam jerangkung. Dia pun sudah tak bertanya soal basuh tangan yang kotor atau nampak air di atas lantai. Keadaan kembali seperti sediakala dan semoga anak kami tak diganggu lagi.
Jadi, jika anak anda juga ada simptom seperti ini. Tak semestinya ia mengalami OCPD atau OCD. Ada kemungkinan gangguan makhluk halus seperti ini. Jadi, dapatkan rawatan Perubatan Islam. Kalau OCPD baru rujuk Pakar Psikiatri.
Wallahualam.

Tiada ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.