Permohonan Walimatul Urus Perdana Terengganu 2022

 


Penyertaan

Kepada rakyat Negeri Terengganu yang berminat untuk menyertai program Walimatulurus Perdana 2022 secara beramai-ramai yang dltanggung oleh Kerajaan Negeri, boleh memuat turun borang permohonan di laman sesawang Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu iaitu: http://www.ypkt.gov.my dan hantar borang permohonan ke Pejabat YPK daerah masing-masing SEBELUM 15 0G0S, 2022. Permohonan terawal akan diberi keutamaan.

Faedah Kepada Peserta

  • 1 set persalinan pakaian semasa akad nikah (lelaki & Perempuan)
  • Bayaran komitmen sebanyak RM 1,000.00 dikembalikan kepada setiap pasangan.
  • Khidmat jurunikah dan dokumen nikah disediakan.
  • Pakej Set Perkahwinan (Pelamin, andaman, kad jemputan kahwin dan khidmat jurugambar).
  • Jemputan jamuan khas pengatin bersama keluarga terdekat.
  • Cenderahati untuk tetamu yang hadir.
  • Pakej bulan madu.
  • Mengikuti kursus-kursus yang berkaitan secara percuma kendalian YPKT.
  • Insentif sebanyak RM 1,000.00 kepada ibu atau bapa tunggal.
  • Peserta ditawarkan Skim Pinjaman Modal Perniagaan di bawah Skim Pinjaman Jaya Diri (PJD) dengan kadar pinjaman sehingga Rm 20,000.00 kepada yang berminat dan layak.

Kriteria Pemilihan

  • Pemohon/Pasangan salah seorang daripadanya adalah rakyat Negeri Terengganu.(Pemastautin tetap melebihi 10 tahun, hendaklah mendapatkan pengesahan mastautin daripada wakil rakyat/Penghulu/Ketua Kampung).
  • Pemohon dan pasangan berumur 18 tahun dan keatas.
  • Pemohon bagi kategori Ibu Tunggal/ Bapa Tunggal yang pernah menerima insentif perkahwinan sebelum ini TIDAK LAYAK untuk memohon bagi Tahun 2022.
  • Tiada rekod jenayah, tiada masalah kesihatan seperti HIV, AIDS atau penyakit kelamin dan sebarang penyakit yang boleh mendatangkan masalah kepada pasangan.
  • Pendapatan pemohon bersama pasangan adalah RM3,800.00 ke bawah.
  • Pendapatan ibubapa pemohon dan pasangan adalah RM5,000.00 ke bawah.
  • Mendapat restu kedua-dua ibubapa.
  • Lulus kursus Pra-Perkahwinan Modul Bersepadu Kursus Perkahwinan Islam (MBKPI) kendalian Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) atau agensi yang diiktiraf oleh Kerajaan (dikecualikan bagi calon ibu tunggal yang berumur 40 tahun ke atas dan bapa tunggal berumur 45 tahun ke atas)
  • Bersetuju untuk menyertai Majlis Akad Nikah Dan Mjlis Resepsi pada 10 SEPTEMBER 2022.
  • Permohonan yang layak akan dipanggil untuk sesi temuduga pemilihan pada 21 OGOS 2022.
  • Keputusan pemilihan tertakluk kepada Panel Jawatankuasa Pemilih yang dilantik dan keputusan adalah muktamad.
  • Sekiranya tuan/puan tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh 2 bulan selepas tarikh tutup penyertaan, maka permohonan tuan/puan dianggap tidak berjaya.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar sebelum 15 OGOS 2022 ke Ibu Pejabat YPKT & Pejabat YPK Kawasan bersama sesalinan dokumen yang telah disahkan seperti berikut :-

  1. Kad Pengenalan pemohon, pasangan dan ibubapa/penjaga masing-masing
  2. Slip Pendapatan pemohon, pasangan dan ibubapa/penjaga masing-masing
  3. Sijil Pra-Perkahwinan Modul Bersepadu Kursus Perkahwinan Islam (MBKPI)
  4. Surat Pengesahan Pemastautin Tetap (jika perlu, bagi bukan rakyat negeri Terengganu)
  5. Salinan Surat Perakuan Cerai Pemohon & Pasangan (Jika berkaitan)
  6. Salinan Perakuan Kematian Pasangan (Jika berkaitan)

Permohonan hendaklah disertakan bersama Borang Nikah Kahwin (JHEAT) yang boleh didapati melalui pautan http://emunakahat.terengganu.gov.my


Borang permohonan hendaklah di hantar sebelum 3hb Ogos 2022
Maklumat lanjut boleh layari laman sesawang YPKT di bawah :
Borang boleh di muat turun daripada link di bawah :


Catat Ulasan

0 Ulasan