Kempen ‘Kumpul & Menang’ ASB

 


Sebagai syarikat pengurusan unit amanah yang dipercayai, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) sejak penubuhannnya pada Mei 1979 telah memperkenalkan beberapa instrumen pelaburan utama seperti Amanah Saham Bumiputera (ASB) kepada rakyat Malaysia. 

Dengan pelaburan yang berisiko rendah dan selamat menerusi ASNB, maka tidak hairanlah mengapa orang ramai menjadikan pelaburan ASB sebagai pilihan mudah untuk mereka merancang masa depan. 

Dengan memperuntukkan sebahagian daripada pendapatan bulanan, pelaburan dalam ASB bukan sahaja boleh digunakan untuk pelaburan jangka panjang malah sesuai dijadikan dana kecemasan kerana pelaburan ASB adalah fleksibel dan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa keadaan memerlukan. 

Selain itu, kelebihan utama yang menarik minat ramai pelabur pastinya risiko pelaburan yang rendah dan modal pelaburan kekal pada RM1 seunit menjadikan ASB sesuai untuk mereka yang baharu berjinak-jinak dalam dunia pelaburan. 

Catat Ulasan

0 Ulasan