Umat Islam di Malaysia sambut Aidiladha 10 Julai 2022

 


Umat Islam di negara ini akan menyambut Aidiladha pada 10 Julai ini (Ahad), menurut Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Mohd Aseral Jusman.

"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka saya bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia dengan ini mengisytiharkan 1 Zulhijah 1443 Hijrah ialah pada Jumaat, 1 Julai 2022 Masihi.

"Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Ahad, 10 Julai 2022," katanya menerusi pengumuman yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam ini.

Sumber : BERNAMA

Tiada ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.