Terminal Bas Bersepadu Kuala Terengganu

 


Terminal Bas Bersepadu Kuala Terengganu yang dirancang dibina di "Mini Putrajaya" - Bandar Baru Bukit Besar (BBBB) bersebelahan Kompleks Pejabat Pentadbiran Kerajaan baharu.

Menteri KPKT sudah melawat tapak pada 2019, plan asal 2021 sudah bermula. Kalau ikut sejarah projek-projek di Terengganu, perlaksanaan akan mengambil masa. Bukan tak nak buat atau tak mampu nak buat tapi "ambil masa". Contoh seperti Kuala Terengganu Bypass dan Hospital UniSZA. Semuanya lambat mula tapi sekarang sudah hampir siap.

Sejarah Stesen Bas Kuala Terengganu bermula di hadapan PB Square (sudah dirobohkan dan dijadikan parkir berbayar). Sekitar 1990 sehingga 2008, Stesen Bas Ekspres dipindahkan ke Tanjung. Apabila Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu yang digunakan sekarang siap, Stesen Bas Ekspres berpindah ke Hentian baru ini dan berkongsi kemudahan dengan Stesen Bas Dalam Negeri. Hentian Bas MBKT ini lengkap dengan kaunter tiket, kedai barangan, kedai makan, kedai gunting rambut, surau, tandas dan juga mesin ATM.

Dalam rancangan asal, Stesen ECRL Kuala Terengganu akan bergabung dengan Terminal Bas Bersepadu Kuala Terengganu ini tapi disebabkan pengurangan kos Projek ECRL, Stesen ECRL Kuala Terengganu telah dilencongkan ke Durian Guling, Marang.


Catat Ulasan

0 Ulasan