Rabu, 1 Jun 2022

, , , , ,

PUNB perkenal sistem e-mohon bagi pembiayaan perniagaan

 


Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) memperkenalkan sistem 'e-mohon' untuk permohonan pembiayaan perniagaan.

Sistem e-mohon membolehkan usahawan memohon pembiayaan perniagaan secara dalam talian dan memantau proses permohonan pembiayaan daripada penerimaan permohonan lengkap sehingga status akhir permohonan.

Sistem berkenaan dapat memudahkan pemohon, selain mempercepat dan meningkatkan kecekapan proses permohonan.

Peralihan kepada pendigitalan operasi adalah satu keperluan, selain menjadi antara kaedah progresif yang boleh digunakan dalam persekitaran hari ini. PUNB sentiasa berusaha bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan adalah terbaik dan memudahkan usahawan.

PUNB beralih kepada permohonan secara dalam talian sepenuhnya bermula 1 Februari 2022 dan penghantaran permohonan secara bersemuka di Ibu Pejabat dan Pejabat Wilayah PUNB di seluruh negara telah ditamatkan pada 31 Januari 2022.

Bagaimanapun, usahawan yang mempunyai pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat nasihat berkaitan pembiayaan perniagaan, masih boleh berkunjung ke Ibu Pejabat dan Pejabat PUNB di seluruh negara mengikut waktu operasi yang ditetapkan.

Kemudahan e-mohon sudah boleh diakses di https://e-mohon.punb.com.my/login dan klik untuk pendaftaran serta proses permohonan.

Sebarang pertanyaan mengenai PUNB, boleh hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan di talian 1300 13 7862 atau e-mel ke customerservice@punb.com.my.

Layari portal rasmi PUNB di www.punb.com.my dan ikuti media sosial PUNB untuk sebarang maklumat terkini.

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.