Maybank2u Biz untuk Pelanggan Perniagaan

 


Maybank memperkenalkan Maybank2u Biz khas buat pelanggan PKS, dimana mereka hanya perlu membuka akaun perniagaan Maybank di sini dan memilih M2U Biz bagi mengakses keperluan perbankan digital mereka.

Aplikasi Maybank2u Biz bukan sahaja memberikan pengalaman mudah alih sepenuhnya dalam urusan perbankan, bahkan menyediakan beberapa fungsi untuk memudahkan operasi perniagaan.

Ini sekaligus menjamin urusniaga cekap dan selamat kepada peniaga dari pembayaran, persetujuan transaksi hingga mengukur aliran masuk atau aliran keluar tunai dalam jangka masa tertentu.

Dengan aplikasi perbankan yang komprehensif ini, peniaga boleh membenarkan sehingga lima pengguna mengakses ke akaun bank bergantung pada posisi kerja dalam struktur perniagaan tersebut.

Setiap pengguna yang dilantik hanya boleh memiliki satu jenis akses yang berperanan sebagai 'Viewer', 'Maker' dan 'Checker'.

Fungsi 'Viewer', pengguna dapat melihat semua perincian akaun, sementara 'Maker' membolehkan pengguna melihat dan memulakan transaksi untuk persetujuan pemeriksa (Checker).

Manakala, peranan terakhir iaitu 'Checker' membolehkan pengguna melihat dan menyetujui transaksi yang dimulakan oleh 'Maker'.

Sementara itu, aplikasi Maybank2u Biz juga dilengkapi dengan pilihan templat penginvoisan dimana membolehkan pemilik perniagaan mengeluar, menghantar dan menjejak invois secara profesional dalam masa singkat.

Selain itu, mereka juga dapat memantau status semua invois yang belum dibayar, lalu menghantar peringatan untuk hutang tertunggak kepada pelanggan dengan e-mel templat yang disediakan di aplikasi. 

Untuk invois yang dibayar, peniaga boleh memilih untuk mengeluarkan resit kepada pelanggan.

Ciri lain yang dapat dinikmati pengguna ialah mengawasi semua bil dan menandainya sebagai lengkap apabila ia telah dipenuhi. 

Transaksi segera

Menguruskan transaksi dengan lancar amatlah penting dalam sesebuah perniagaan, justeru Maybank2u Biz mempunyai ketelusan untuk mengesan aset yang terdiri daripada akaun bank, simpanan tetap dan liabiliti.

Bukan itu sahaja, peniaga juga dapat mengeksport data kewangan perniagaan sehingga setahun dalam fail CSV (Fail Comma Separated Values) dengan lancar ke dalam perisian perakaunan pihak ketiga yang lain. 

Lebih menarik, peniaga dapat mulakan segala pembayaran dan pindahan sebarang transaksi hanya dari telefon bimbit serta boleh menetapkan pembayaran berulang untuk transaksi harian. 

Secure2U

Antara yang paling menjadi kebimbangan peniaga pasti isu keselamatan dalam urusan jual beli, namun dengan Maybank2u Biz segalanya pasti selamat.

Aplikasi ini memberi tahap keselamatan tambahan dengan hanya membenarkan peranti yang didaftarkan ke akaun Maybank2u Biz sahaja untuk melakukan transaksi.

Sebagai contoh, sebarang transaksi akan diminta Secure2U (Pengesahan Selamat) atau Secure TAC (nombor TAC enam digit yang dihasilkan pada aplikasi mudah alih Maybank2u).

Secure2U membolehkan pengguna Maybank2u menyetujui atau menolak transaksi dalam talian pada peranti mereka setelah amaran pemberitahuan mengenai transaksi dihantar ke telefon mereka.

Ini sekaligus dapat mengurangkan risiko penipuan SMS TAC dengan menolak keperluan menggunakan rangkaian telekomunikasi SMS.

Untuk pelanggan M2U Biz, anda boleh muat turun aplikasi dari Google Play Store atau Apple AppStore dan bagi pelanggan perniagaan Maybank sedia ada, boleh mendaftar ke M2U Biz dengan langkah-langkah di pautan ini.

Jika anda berminat mendaftar dengan Maybank, boleh klik di sini. Untuk sebarang info mengenai aplikasi Maybank2u Biz, sila layari www.maybank2u.com.my/m2ubizapp atau membuat janji dengan Maybank EzyQ dalam talian. 


Tiada ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.