Anda Peniaga? Bayaran Cukai yang anda perlu tahu


1. ANDA PENIAGA? INI YANG PERLU DILAKUKAN 

Sebagai peniaga, anda bertanggungjawab untuk melaporkan keuntungan yang diperoleh. Perniagaan terdiri daripada pemilikan tunggal, bekerja sendiri dan perkongsian. 

Antara tanggungjawab seorang peniaga adalah : 

1) Hantar Borang Nyata pada tarikh yang ditetapkan dan jelaskan baki cukai jika ada, 

2) Sediakan akaun dan penyata pendapatan, 

3) Simpan dokumen, rekod dan akaun perniagaan selama tujuh (7) tahun, 

4) Patuhi Notis Bayaran/Skim Ansuran (CP500); dan 

5) Maklumkan secara bertulis perniagaan ditamatkan atau terdapat pertukaran ahli kongsi. Perbelanjaan yang dibenarkan dalam perniagaan adalah perbelanjaan yang dilakukan dalam menghasilkan pendapatan perniagaan. Elaun modal atas aset perniagaan juga boleh dituntut dan ditolak selepas pengiraan pendapatan larasan. 

Maklumat lanjut berhubung peniaga boleh didapati dalam Sepintas e-Buku Hasil melalui Portal Rasmi HASiL, www.hasil.gov.my > EduZone > Risalah Cukai > Risalah Cukai 2022. 


2. EKONOMI GIG 

Secara amnya, ekonomi gig lebih dikenali sebagai karyawan bebas atau pekerjaan tanpa majikan. Ia merupakan salah satu daripada model perniagaan dalam e-Dagang atau Ekonomi Digital dan tertakluk kepada cukai di bawah Seksyen 4(a), Akta Cukai Pendapatan 1967. Terdapat tiga (3) pihak yang terlibat dalam ekonomi gig iaitu : 

1) Pekerja gig, 

2) Pelanggan, dan 

3) Syarikat penyedia platform Antara syarikat penyedia platform yang tersenarai di bawah ekonomi gig adalah Grab, Foodpanda, Lalamove, Bungkusit dan Ninja Van. 



Catat Ulasan

0 Ulasan