kelantan
kerabu kelantan
nasi kerabu
nasi kerabu kelantan
resepi
resepi nasi
resepi nasi kerabu
resipi
Resepi Nasi Kerabu
* Kuah Sambal Tumis
Bahan bahan:
10 cili kering
3 ulas bawang merah
1 biji bawang besar
1/2 labu bawang putih
1/2 inci halia
200 gm santan pekat
3 batang serai - diketuk
2 keping asam keping
1 1/2 sudu besar gula
2 sudu kecil garam bukit halus
2 sudu besar budu
Minyak masak - banyak
Cara cara:
1. Kisar cili, bawang bawang dan halia.
Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
2. Masukkan 1 1/2 cawan air. Masukkan santan. Sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul.
3. Masukkan serai, asam. Bila mendidihkan masukkan budu dan gula. Rasakan sebelum dimasukkan garam supaya tidak terlebih masin.
4 .Kacau sehingga pecah minyak dan kuah menjadi pekat. Kuah mesti rasa sedikit masin.
* Sambal Ikan
Bahan bahan:
1 biji kelapa parut - goreng api perlahan supaya tidak keperangan & ditumbuk kasar
7 ekor ikan selayang - rebus, ambil isi & tumbuk
5 ulas bawang merah
5 batang serai
2 1/2 sudu besar gula
2 1/2 sudu kecil garam
Cara cara:
Tumbuk serai hingga hancur dan masukkan bawang merah. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Masukkan isi ikan yang telah ditumbuk dan kelapa goreng yang telah ditumbuk. Gaul sehingga rata.
* Sambal Cili
1/2 kg cili - dibasuh
Garam
Gula
Belacan
Asam jawa
(Kisar semua bahan di atas)
* Ulam ulaman
Kubis
Timun
Kacang panjang
Bunga kantan
(Hiris halus kesemua ulaman di atas)
* Nasi Kerabu
2 pot beras (untuk 4 orang makan)
Air secukupnya
Pewarna biru untuk nasi kerabu berwarna biru
Serai diketuk
Daun limau purut
Masak nasi menggunakan Rice Cooker
* Ayam Madu Bakar
Ayam (di rebus separuh masak)
Sos tiram
Madu
Sos cili
Cili kering
Gula
Bawang putih dan merah yang dikisar
* Bahan Sampingan
Ikan goreng celup tepung
Telur masin
Bawang putih jeruk
Keropok goreng
Selamat mencuba :)
Tiada ulasan
Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.