Ladang Alam Warisan, Negeri Sembilan

 


Menjejaki kaki ke Ladang Alam Warisan seperti seolah-olah dibawa kembali ke zaman kegemilangan Melayu Lama.
Menyelusuri pepohon buah-buahan tempatan yang menghijau,rumah tradisional beratus tahun, pelbagai spesis binatang ternakan, keunikan senibina yang menyatu dengan alam,menjadikan Ladang Alam Warisan sebagai sebuah destinasi yang menjanjikan sebuah kelainan yang sukar di cari pada hari ini.
Ladang Alam Warisan adalah sebuah tempat di mana budaya dan cara hidup melayu sejati dihidupkan semula.Identitinya yang berteraskan budaya dan warisan Melayu sejati merupakan tarikan utama Ladang Alam Warisan sehingga berjaya mendapat tempat pertama di dalam Pertandingan Rural Business Challenge yang dianjurkan oleh Kementerian Luar Bandar dan Wilayah pada tahun 2015.
Berdekatan Bandar Di Raja Seri Menanti, Ladang Alam Warisan yang berkeluasan 23 ekar ini berkonsepkan AgroTourism dan Culture-Tourism menjadikan memanah tradisional dan memanah berkuda sebagai tarikan utama.
Tempat ini telah mendapat pengiktirafan daripada World Horseback Archery Federation (WHAF) sebagai satu-satunya tempat memanah dan berkuda yang lengkap dan terbaik di Malaysia.
Pengasasnya Tuan Akmal Dahalan,seorang yang begitu komited dalam mengenalkan sunnah memanah dan berkuda ini kepada orang ramai. Menurut beliau,melalui sunnah memanah dan berkuda dapat mengajar seseorang untuk membina kekuatan,keyakinan,kejituan dan kepantasan dan melahirkan sifat pemimpin yang baik.
Beliau telah membuktikannya dengan kejayaan menjadi pemanah berkuda No 1 Dunia dalam acara global pada tahun 2019.
Keindahan panorama alam,bunyian kicauan burung ,kesejukkan air sungai dan kesegaran udara di ladang Alam Warisan akan membuat anda melupakan sebentar hiruk pikuk kota, menghasilkan suatu ketenangan yang sukar diungkapkan dengan kata-kata.
Ladang Alam Warisan boleh dihubungi di :
Ladang Alam Warisan,
54,Jalan Masjid,Kampung
Tengah,Tanjung Ipoh, 
71500 Kuala Pilah,Negeri Sembilan.
Tel : 012-3460709 atau 012-653 1945
Email : ladangalamwarisan2124@gmail.com
Web : https://ladangalamwarisan.wordpress.com/
Facebook : https://www.facebook.com/ladang.alam.warisan/



Catat Ulasan

0 Ulasan