Hot Set Nurraysa jadi pilihan wanita
Jenama produk Nurraysa.com menawarkan koleksi Hot Set bagi memberi pilihan kepada pelanggannya untuk kelihatan berseri dan bergaya ketika menyambut hari raya.
Set tersebut menawarkan dua rangkaian produknya iaitu Glowing DD Moist Cake (DDMC), kosmetik mesra wuduk yang paling laris dan mempunyai banyak kelebihan serta digandingkan dengan Magic Lipstick dengan ramuan minyak organik marula.
Pengasasnya, Nur Aini Zolkepeli berkata, Hot Set merupakan produk mesra wuduk paling popular dan ia telah diperkenalkan di pasaran sejak tahun 2015.
Biarpun kedua-dua rangkaian produk itu sudah tujuh tahun berada di pasaran, ia terus menjadi produk paling laris dan mendapat permintaan tinggi. Malah lebih 500,000 set berkenaan sudah terjual sejak berada di pasaran pada 2015.
Produk ini pastinya tidak merosakkan kulit, malah dengan cara mudah bersolek sepantas lima minit, kulit anda akan berseri dalam masa lima saat.
Ia juga mudah ditanggalkan kerana ia dihasilkan tanpa silikon. Saya anggap raya kali ini akan lebih sempurna dan praktikal bagi wanita kerana tidak perlu bersolek terlalu lama
Glowing DDMC merangkumi produk tiga dalam satu menggabungkan bedak asas, penutup cela dan bedak dengan pelindung cahaya matahari SPF 50++.
Ia dihadirkan dengan dua tona warna dan kulit agar ia tidak bercapuk atau berminyak walaupun di bawah terik matahari.
Produk Magic Lipstick pula tiada kandungan plumbum yang boleh menghitamkan bibir jka memakainya setiap hari. Ia juga membantu melembapkan bibir dan membuatkan bibir sentiasa segar serta cantik dengan senyuman.
Tiada ulasan
Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.