Harga siling ayam

 


Kerajaan telah menetapkan harga siling untuk ayam pada RM8.90 sekilogram. Jika anda mendapati harga yang dijual melebihi harga siling ini, anda boleh membuat report kepada pihak KPDNHEP. Kalau beli ayam, saya suka beli dekat Gerai Ayam saudara Haikal ini. Lokasinya dekat Jejantas Wakaf Dua, jalan ke arah Pekan Bukit Payung, Terengganu.
Ayam dia akan potong bersih dan buang lemak. Jadi, balik rumah boleh terus masak. Tak perlu bersihkan dah. Tiada caj tambahan, harga ayam pun murah dan berpatutan (kurang dari harga siling).

Tidak dinafikan ada peniaga ayam yang menjual dengan harga yang mahal melebihi harga siling. Jadi, berhati-hatilah apabila membeli ayam.




Catat Ulasan

0 Ulasan