Sensodyne Repair & Protect legakan gigi sensitif

 

Sensodyne melancarkan kempen #ReclaimLifeSmallPleasures bagi memperkenalkan ubat gigi Repair & Protect Deep Repair terbaru, membantu mereka yang berdepan dengan masalah gigi sensitif. 

Mereka yang mengalami masalah gigi sensitif, bukan sahaja berdepan dengan ketidakselesaan malah juga perlu berwaspada apabila mengambil makanan dan minuman kerana bimbang ia akan menyebabkan rasa tajam dan ngilu pada gigi.

Kempen #ReclaimLifeSmallPleasures akan memberikan inspirasi kepada pengguna supaya sentiasa mengutamakan penjagaan mulut dan menikmati kehidupan sepenuhnya tanpa perlu bimbang mengenai gigi sensitif.

Pelancaran kempen itu selaras dengan nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) yang menggesa rakyat Malaysia mengutamakan amalan penjagaan kesihatan mulut masing-masing dan mempelajari cara-cara untuk mengenal pasti serta menangani masalah gigi sensitif yang tidak diingini.

Selain itu kajian Kuantitatif Asia Tenggara & Taiwan (SEAT) yang dijalankan oleh GSK Consumer Healthcare mendedahkan bahawa tujuh daripada 10 rakyat Malaysia berdepan masalah gigi sensitif. Hanya 39 peratus menyedari masalah gigi sensitif yang mereka hadapi manakala 32 peratus tidak menyedari masalah dihidapi oleh mereka.

Terdapat pelbagai perkara yang boleh menyebabkan rasa tajam atau ngilu pada gigi bagi mereka yang menghidapi masalah gigi sensitif.

Kajian SEAT turut menunjukkan bahawa kebanyakan mereka yang bermasalah gigi sensitif mengalami ketidakselesaan pada gigi mereka apabila mereka memberus gigi (38%), daripada makanan yang terperangkap di antara gusi dan gigi palsu (33%), mengambil makanan dan minuman yang sejuk (58%), panas (23%), manis (31%), berasid atau masam (29%) dan pedas (15%).

Untuk itu Sensodyne Repair & Protect Deep Repair menggunakan teknologi NovaMin yang menembusi jauh ke dalam gigi bagi membaiki punca dan membentuk lapisan perlindungan yang terbukti secara klinikal dapat melegakan masalah gigi sensitif.

Kempen #ReclaimLifeSmallPleasures akan dilancarkan secara berperingkat mulai Januari 2022 dengan pelbagai kandungan hiburan bermaklumat dan pendidikan oleh profesional penjagaan kesihatan.

Mulai 1 Januari hingga 31 Januari, GSK Flagship Store di Shopee akan mengadakan promosi istimewa dengan hanya RM10.00 untuk setiap pek ubat gigi Sensodyne Repair & Protect Deep Repair.

Sensodyne Repair & Protect Deep Repair boleh didapati di farmasi, klinik pergigian, pasar mini, pasar raya di seluruh Malaysia dan sampel ubat gigi Sensodyne juga boleh didapati di hampir 1,000 klinik pergigian di seluruh negara.

 

 

 

Catat Ulasan

0 Ulasan