Resepi Kobis Masak Lemak Putih

 

Resepi Kobis Masak Lemak Putih adalah masakan berkuah yang sesuai dihidangkan bersama nasi panas dan dimakan dengan ikan dan ayam goreng. Ditambah dengan pencicah seperti budu dan sambal belacan.

Bahan-Bahan:

  • 1/2 biji kobis bulat (hiris kasar)
  • 1/2 batang lobak merah (hiris nipis)
  • 1 ketul tauhu (potong kiub) - pilihan
  • 1 genggam ikan bilis,(rendam dan ditumbuk kasar) atau isi ikan yang direbus
  • 1 biji cili besar (hiris nipis)
  • 3 biji bawang merah (hiris nipis)
  • 2 ulas bawang putih, (hiris nipis)
  • 1 kotak santan
  • garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaan:

  1. Masukkan 4 cawan air ke dalam periuk. Lepas itu, masukkan santan dengan api perlahan dan masukkan bawang merah, bawang putih, bilis tumbuk, tauhu dan lobak merah..
  2. Masukkan kubis dan cili merah, masak seketika sehingga lembut.
  3. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

Selamat mencuba!

Tiada ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.