NASA rakam imej nebula seperti Godzilla


 Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) mengeluarkan sebuah gambar yang memaparkan pemandangan nebula di ruang angkasa, yang didakwa kelihatan seperti imej raksasa dalam filem Jepun dan Hollywood popular, Godzilla, lapor akhbar Daily Star semalam.

Nebula merupakan kumpulan awan gergasi yang terdiri daripada habuk dan gas di angkasa lepas yang terletak di antara bintang-bintang serta bertindak sebagai ‘pusat jagaan’ bagi bintang-bintang baharu.

Imej tersebut dirakam oleh Teleskop Angkasa Lepas Spitzer NASA oleh seorang ahli astronomi yang menyifatkan gambar tersebut kelihatan seperti raksasa.

Nebula berbentuk Godzilla itu terletak dalam buruj Sagittarius di sepanjang Bima Sakti.

“Saya tidak mencari seekor raksasa. Saya hanya terlihat imej itu di ruang angkasa yang sering saya kaji, namun tidak pernah diperhatikan secara teliti,” kata ahli astronomi, Robert Hurt. 

Sumber dari Berita Agensi

 

Catat Ulasan

0 Ulasan