azizulhasni
dato azizulhasni
dato jijoe
jijoe
Biodata Azizulhasni Awang
- Nama Penuh: Mohd Azizulhasni Awang
- Nama Komersil: Azizulhasni Awang
- Nama Panggilan: Jijoe
- Gelaran: The Pocket Rocketman
- Tarikh Lahir: 5 Januari 1988
- Umur: 33 (2021)
- Asal: Dungun, Terengganu
- Keluarga: Anak kelapan dari sembilan adik-beradik
- Kerjaya: Pelumba Basikal (Atlet Malaysia)
- Status: Berkahwin
- Nama Isteri: Athiah Ilyana Abd Samat
- Agama: Islam
- Bangsa: Melayu
- Warganegara: Malaysia
- Facebook: facebook.com/Azizulhasni-Awang
- Twitter: twitter.com/azizulawang
- Instagram: instagram.com/azizulawangofficial
- Wikipedia: ms.m.wikipedia.org/wiki/Azizulhasni_Awang
Fakta Menarik Azizulhasni Awang
Berikut adalah fakta menarik Azizul Hasni Awang dan pencapaian Azizulhasni Awang:
- Sedang melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Muda Perdagangan (Pengkhususan dalam Pengurusan Sukan) di Universiti Deakin, Australia.
- Menamatkan zaman bujangnya dengan wanita pilihan hati iaitu Athiah Ilyana Abd Samat pada 20 Januari 2010.
- Hasil perkahwinan itu, pasangan tersebut dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Amna Maryam dan Amna Khadeeja.
- Sebelum memasuki sekolah sukan, bakat Jijoe diasah menerusi Pasukan Berbasikal Terengganu.
- Mendapat hadiah basikal terpakai oleh ayahnya kerana mendapat keputusan cemerlang dalam PMR iaitu 7A 1 B.
- Mendapat jolokan nama The Pocket Roketman kerana saiz tubuhnya yang kecil.
- Dibesarkan dalam keluarga angkat oleh pasangan suami isteri, Mustafa Ngah dan Salmiah Yong. Walaupun begitu, Jijoe tetap berhubung dan rapat dengan keluarga sebenarnya sehingga kini.
- Bekas pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ).
- Pernah dinobatkan sebagai Olahragawan Kabangsaan di Anugerah Sukan Negara 2010 dan Anugerah Atlit Terbaik Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100Plus 2010.
- Pelbagai kejayaan hebat telah dilakar oleh jaguh sukan berbasikal ini sama ada di dalam atau luar negara antaranya pemenang pingat gangsa di Olimpik Rio 2016, pingat gangsa acara keirin lelaki pada Kejohanan Berbasikal Trek Dunia UCI di Lee Valley Velopark, Stratford, London dan pingat emas acara kierin dan pecut 200km di Kejohanan Trek Asia 2008.
- Pembawa bendera bagi pasukan kebangsaan Malaysia di Sukan Olimpik Beijing 2008.
- Betisnya pernah tertusuk serpihan kayu ketika bertanding acara keirin pada Siri Piala Funia Klasik UCI di Manchester, England pada tahun 2011.
Tiada ulasan
Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.