‘Ronaldo’ berkhatan semasa Euro 2020
Nama kapten bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo sekali lagi menjadi sebutan di media sosial Indonesia apabila kad edaran majlis berkhatan dikaitkan dengan pemain itu menjadi tular, lapor Suara.com.
Rupa-rupanya, Ronaldo yang dikatakan itu bukanlah bintang Juventus itu tetapi ialah seorang kanak-kanak lelaki dari Pekalongan, Jawa Tengah yang bernama Kristian Ronaldo.
Menerusi kemas kini status di Instagram @beritapekalongan1, terpapar sekeping kad undangan majlis kesyukuran sempena Kristian selamat berkhatan.
“Di tengah-tengah kesibukan menghadapi temasya Euro 2020, ternyata Ronaldo sempat meluangkan masa untuk berkhatan,” tulis akaun itu.
Status itu mengundang banyak komen-komen lucu netizen yang berasakan ia satu kebetulan yang menarik.
“Pasti anak ini apabila besar menjadi pemain bola sepak yang handal,” tulis seorang pengguna media sosial.
“Ronaldo kecewa Portugal gagal mara di Euro 2020 lalu mengambil keputusan untuk berkhatan,” komen seorang lagi.
Sumber dari Agensi
Tiada ulasan
Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.