satelit astro
satelit measat
MEASAT perlukan masa untuk selesaikan penstabilan satelit dan isyarat
Pihak MEASAT Global Bhd (MEASAT) memerlukan masa tambahan untuk menyelesaikan sepenuhnya proses penstabilan satelit dan isyarat yang kompleks.
Dalam satu
kenyataan media hari ini, MEASAT berkata, tempoh masa yang lebih lama
diperlukan selepas pihaknya merekodkan tahap penurunan perkhidmatan
berselang.
Tahap
penurunan itu dibuat sewaktu pemantauan perkhidmatan satelit yang telah
pulih daripada insiden anamoli di MEASAT-3 baru-baru ini.
“Untuk memastikan semua perkhidmatan
beroperasi sepenuhnya pada tahap optimum dan akan dikekalkan dalam
jangka panjang, kami meneruskan tahap pemantauan dan penyelenggaraan
yang kritikal, dengan pasukan penuh bertugas untuk memastikan tahap
prestasi sasaran dapat dicapai dengan segera dan dapat dijaga
sepenuhnya.
“MEASAT menyesali kesulitan yang ditimbulkan. Untuk kemas kini terkini, sila layari www.measat.com,” menurut kenyataan itu lagi.
Pada
22 Jun lepas, Astro Malaysia Holdings Bhd (Astro) memaklumkan terdapat
gangguan perkhidmatan satelit, dan pembekal satelit memaklumkan mereka
memerlukan lebih masa untuk memperbaiki sepenuhnya masalah yang
dihadapi.
Bagaimanapun, gangguan
perkhidmatan telekomunikasi dan penyiaran menggunakan satelit MEASAT-3
sejak 21 Jun lalu berjaya dipulihkan.
Tiada ulasan
Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.