astro live
euro 2020
euro live
live euro
perlawanan live
siaran langsung euro
Astro tawar kesemua 51 perlawanan langsung Euro 2020 dalam 4K UHD
Selepas ditangguhkan selama setahun, kejohanan bola sepak UEFA Euro 2020 bakal membuka tirai secara rasminya pada Jun ini.
Astro selaku penyiar rasmi temasya bola sepak tersebut akan membawakan kesemua 51 perlawanan secara langsung dalam 4K Ultra High-Definition (UHD) menerusi saluran 871 dan 872.
Pengarah
Komersial Astro, Azlin Arshad berkata pelanggan Pek Sukan akan mendapat
akses percuma dan pek berkenaan juga akan dinaik taraf ke Ultra Box.
Azlin berkata Astro juga akan menganjurkan
aktiviti menonton bersama pelanggan di restoran dan rangkaian hotel yang
merupakan rakan-rakan perniagaannya bagi menggalakkan tontonan secara
sah.
"Kami ingin memastikan bahawa kami
menyokong inisiatif di luar. Ia bukan hanya mengenai industri makanan
dan minuman dan permainan bola sepak yang cuba menarik pelanggan. Ini
juga bagi memastikan bagaimana kami dapat menolong mereka meringankan
beban pemasaran.
"Jadi kami bercakap
mengenai cagaran pemasaran yang kami sediakan seperti menyediakan papan
tanda dan lampu supaya kami betul-betul membantu perniagaan itu. Usaha
ini bagi memberitahu orang ramai bahawa mereka boleh mendapatkan siaran
UEFA Euro 2020.
"Oleh itu, kami
sangat komited untuk memastikan bahawa mesej itu tersebar dan usaha kami
dalam menyokong industri makanan dan minuman serta sektor swasta dan
perhotelan," katanya pada sidang media selepas melancarkan kempen bola
sepak berkenaan di Sunway Pyramid.
Turut
hadir pada majlis pelancaran kempen tersebut ialah Ketua Bahagian Sukan
Astro, CK Lee dan Pengarah NJOI dan OTT, Mazhairul Jamaludin.
Sementara
itu, Choong Kay berkata selain perlawanan langsung, Astro juga akan
membawakan pelbagai kandungan sampingan sempena kejohanan bola sepak
itu.
"Dengan pandemik yang berlaku sekarang, tentunya, kami melakukan segala-galanya secara maya.
"Disebabkan
wabak ini, kami mendapat akses yang lebih mudah kepada pakar hebat yang
sangat bernas yang dapat menyokong program untuk sepanjang musim UEFA
Euro ini.
"Oleh itu, bukan sahaja
perlawanan secara langsung, kami juga menawarkan segalanya buat anda.
Kami mempunyai analisis, sorotan, kami mempunyai segalanya," katanya.
Euro
2020 akan membuka tirainya secara rasmi pada 12 Jun ini dengan
perlawanan pembukaan antara Turki dan Itali pada jam 3 pagi waktu
Malaysia.
Tiada ulasan
Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.