Sistem Penyuraian Balik Sekolah Yang Tersusun

 

Sejak pihak sekolah sediakan khemah mengikut kelas, proses penyuraian pelajar setiap kali balik sekolah lebih teratur dan tidak sesak. Macam inilah cadangan saya sebelum ini.
 
Ibu bapa dan penjaga akan masuk pintu pagar, cek suhu dan imbas MySejahtera. Seterusnya, masuk ke khemah ibu bapa. Pelajar yang keluar dari bilik darjah akan terus ke khemah pelajar mengikut nama kelas.
 
Tahun 1 akan keluar pukul 12.45 tengahari sementara Tahun 2 pada 12.50 tengahari, begitulah seterusnya Tahun 3, 4, 5 dan 6 beza setiap 5 minit. Ibu bapa akan 'pick up' pelajar dan keluar mengikut lorong disediakan.
 
Khemah ini adalah sumbangan dari ibu bapa dan pihak sekolah.

Catat Ulasan

0 Ulasan