Diskaun Saman Polis

 

diskaun saman

Sempena Hari Polis ke-214 tahun 2021 ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini tampil dengan perkhidmatan digital baharu dan penawaran diskaun sehingga 50% melalui Portal dinamakan sebagai MyBayar Saman.

Kepada orang ramai yang ada kompaun atau saman trafik yang masih belum dijelaskan, anda kini berpeluang untuk membayar saman dengan diskaun 50% melalui portal dan aplikasi MyBayar Saman.

MyBayar Saman ialah aplikasi terbaharu daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membolehkan orang ramai membayar saman dengan mudah melalui portal dan aplikasi telefon berbanding kaedah sedia ada.

Dengan pelancaran aplikasi dan Portal ini, Kempen Bayar Saman turut menawarkan pengurangan kompaun sehingga 50%.

Berikut adalah cara membuat pendaftaran online di aplikasi atau Portal MyBayar Saman.

  1. Layari Portal MyBayarSaman : https://mybayar.rmp.gov.my
  2. Klik butang NEW USER SIGN UP untuk proses Pendaftaran.
  3. Isikan maklumat dan isi pengesahan OTP.
  4. Log masuk setelah selesai mendaftar.
  5. Buat Semakan Saman terlebih dahulu untuk mengetahui jumlah saman yang perlu dibayar.
  6. Buat Pembayaran secara online untuk mendapat diskaun saman 50%. 

Tempoh Diskaun Saman

Tarikh Mula : 25 Mac 2021

Tarikh Akhir: 11 April 2021

SEMAKAN SAMAN YANG TIDAK LAYAK DISKAUN

Semua saman trafik layak mendapat diskaun sebanyak 50% tersebut kecuali:

  • Saman Kemalangan Tahun 2020 & 2021
  • Saman status No Compound (NC) Tahun 2018/2019/2020 dan 2021
  • Saman status bicara mahkamah
  • Saman Berkaitan Kesalahan M/Lori
  • Saman Potong Secara Bahaya/Potong Q Tahun 2020/2021
  • Saman menggunakan lorong kecemasan Tahun 2020/2021
  • Saman jalan semasa lampu isyarat merah Tahun 2020/2021
  • Saman potong di garisan berkembar tahun 2020/2021
  • Saman berkaitan ubahsuai ekzos yang dikeluarkan bermula 1/3/2021

 

Tiada ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.