Perkara Asas Penyelenggaraan Kereta
23 perkara asas tentang servis kereta yang biasanya dilakukan oleh pengusaha bengkel baik pulih dan servis kenderaan berkaitan kerja-kerja penyelenggaraan :
1. Minyak hitam.
Minyak hitam yang bukan jenis sintetik perlu ditukar pada setiap
perjalanan menjangkau 5,000km atau selama 3 bulan . Kalau minyak jenis
sintetik, berkemungkinan dalam jumlah perjalanan 7,500km atau 10,000km.
2. Filter - sama seperti minyak enjin.
Minyak mineral biasa - 5000km
Minyak Synthetic - 7500km hingga 10000 km
Kebiasaannya, apabila tukar minyak enjin tu, maka tukarkan juga filter minyak tu sekali (oil filter)
3. Spark plug
- 20,000 km perjalanan mengikut buku jadual penyelenggaraan.
Tapi jika anda menggunakannya sampai 30,000 hingga ke 40,000 km tidak
menjadi masalah... Alatan ini bukan kritikal sangat. Tetapi kalau dah
lebih 40,000 km tidak ditukar, "electrode" akan menipis, maka perlu
ditukarkannya ...Harga untuk 4 biji adalah sekitar RM20.00 ke RM25.00.
4. Bateri kereta
- 18 bulan hingga 2 tahun, terpulang pada cara penggunaan...Jika kita
selalu buat pengisian semula airsuling tu, ianya boleh tahan sampai 2
tahun...kalau selalu lupa topup dan selalu kering..., dalam masa 6 bulan
pun bateri boleh "kong".
Free maintenance battery lain pulak ceritanya...tak payah "top up" air ,
harga lebih mahal dari bateri biasa. Bila beli bateri, jangan main
hentam aje, ini kerana di Malaysia banyak barang tipu...so , beli bateri
dari jenama yg boleh dipercayai... BOSCH, CENTURY... tapi ada juga
jenama yang tak terkenal tapi elok.
Bateri yang baik biasanya lebih berat dari bateri yang kurang baik.
bandingkan bateri tersebut dalam kategori yang sama..kalau NS50 tu anda
kena compare dengan NS50 dari jenama yg lagi satu! Kalau kancil tak
silap aku pakai NS40 atau NS40L..
5. Timing belt
- 60,000km untuk kereta proton Wira, Saga. Waja boleh tahan sampai
90,000km dan Honda CRV tahan sampai 160,000km. Jadi timing belt ini
mengikut jenis kereta. Banyak pengguna tidak tahu akan hal ini. Apabila
perjalanan sampai 60,000km terus tukar yanpa mengira kereta apa yang
digunakan.
6. Clutch plat
- Clutch plate ni ialah perkara subjektif. Biasanya ikut pengalaman,
hanya tukar bila ada simptom "clutch slipping" berlaku sewaktu pemanduan
kita.
7. Fuel Filter
- Anda boleh menukarkannya apabila perjalanan kenderaan mencecah setiap
sekitar 40,000km. Harga peralatan ini dalam sekitar RM15.00 hingga
RM20.00..
8. Air Filter atau Filter Udara
- di tukar setiap 20,000km. Tapi pada mereka yang tukar kepada K&N
type, benda ni tak perlu tukar, cukup sekadar anda membersihkannya
sendiri.
9. ATF
- Automatic Transmission Fluid. Minyak ni memang penting bagi yang pakai
AUTO. Dalam manual dia ada sebut setiap 20,000km tukar. Tapi boleh
dilanjutkan hingga 30,000km kepada pengguna yang ingin berjimat. Minyak
ni memang penting ditukar...jangan abaikan (contohnya tidak tukar lebih
dari 30,000km) kerana kerosakan kepada AUTO gearbox perlu perbelanjaan
yg besar. Kalau kita rajin tukar, kereta tak perlu Transmission Flush
seperti yg disyorkan oleh sesetengah bengkel. Transmission Flush boleh
pergi sampai 7-9 litre. Caj hanya sekitar RM200++. Jika anda selalu
tukar ATF, hanya pertukaran biasa sahaja, budget kurang dari
RM100...ikut saiz kereta.
10. Gear Oil
- untuk mereka yg pakai manual gearbox. Kereta anda tak perlu pakai
ATF, tetapi sebaliknya pakailah Gear Oil. Ia boleh tukar dalam 60,000km
perjalanan sekali.
11. Brake Fluid dan Power Steering Fluid
- Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km.
12. Radiator Coolant
-sebotol RM8-RM15... selalunya warna hijau! 60,000km bolehlah tukar
sekali.Kalau air radiator anda warna clear aje. Maknanya air paip biasa
aje tu! Pakai coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah
mendidih!
13. Air-Cond Belt/ Alternator Belt
- Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu dengan timing belt, seandainya
kita terlupa menukarkannya sewaktu servis sebelum-sebelum ni. Belt
Air-con dan juga alternator mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar
atau tidak. Ini kerana belt-belt ni letaknya diluar dan boleh nampak.
Kalau bahagian "ribs"nya dah ada"crack-crack" yang halus...maka eloklah
ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru
nak ditukar belt-belt ini.
14.Adalah diingatkan maintenance schedule yang ikut "km" atau masa"3
bulan" "6 bulan" dan seterusnya ni hanya memudahkan pengguna-pengguna
kereta melakukan penyelengaraan atau dalam bahasa Inggeris dikenali
sebagai "preventive maintenance"
Maksudnya, benda yang kita tukar tu belum tentu rosak, tapi kita dah
tukar. Preventive maintenance ni mampu mengelak dari pengguna kereta
menghadapi kerosakan yang kritikal dimasa akan datang! Tapi dalam dunia
ni, mana ada yang perfect! Preventive Maintenance Schedule ni kalau kita
ikut tanpa mengetahui sedikit sebanyak tentang fungsi atau sebab
mengapa setiap alatganti tu perlu ditukar.
15.Contohnya, jika kita hanya mengikut sahaja apa yangg di syorkan oleh pembuat alat ganti, contohnya "shock absorber"
perlu diganti setiap 20,000km, tentu kita tidak mampu mengikutnya! Jadi
anda perlu ada asas ilmu seperti yang diterang kan di atas.
16. Minyak hitam mineral utk 5000km/3 bulan, minyak semi-sintetik utk
10,000km/6 bulan, minyak fully sintetik utk 15-20,000km/ 1 tahun.
Berhati-hati ketika membeli minyak hitam di kedai spare part kerana
terdapat minyak "cap ayam" yang disediakan oleh pengusaha atau mekanik
bengkel.
Botol mungkin ada cap jenama Castrol, Shell, Petronas, Eneos dan
lain-lain. Tetapi dalam tu sebenarnya adalah minyak murah "made in
china". Dlm satu hari ada beribu-ribu botol minyak hitam kosong wujud di
bengkel-bengkel. Pengusaha bengkel tertentu mengarahkan pekerjanya
untuk mengambil botol-botol kosong ini dan refill serta diletakkan seal
baru supaya dapat mengaut keuntungan lebih. Adalah lebih selamat beli
minyak di stesen minyak yang pasti tulen. Melainkan kalau betul-betul
yakin dengan kedai spare part yang anda kunjungi itu.
17. Minyak gear manual ditukar setiap 40,000km untuk kereta baru
(kurang 5 tahun), setiap 20,000km unttk kereta atas 5 tahun atau apabila
gear shift rasa ketat. Paling bagus utk kereta lama - bubuh gearbox
treatment. Minyak gear ATF - ditukar setiap 20,000km. Sama mcm di atas.
18. Flush? kalau dlm buku takde kata - maka tidak perlu. Air filter pun
sama - 20,000km. Coolant - tukar tiap-tiap 20,000km. Nak tukar tiap-tiap
50,000km pun boleh dengan syarat guna air suling or RO water. Timing
belt - ditukar setiap 80,000km. Tapi pernah terjadi stretch sampai
110,000km(Wira 1.6xli) tanpa masalah sebab menggunakan timing original
Mitsubishi dan ia selalu inspect timing belt keretanya. Tiada merekah,
"gigi" masih elok maka tak perludi tukar. Aircond belt, altrnator belt,
power steering belt - tukar semasa tukar timing belt atau apabila nampak
rekahan.
19. Water pump - ditukar apabila menukar timing belt untuk kali ke dua.
Kataklah kita tukar timing belt setiap 80,000km, maka apabila kita
menukar timing belt utk kali kedua pada 160,000km, elok tukar sekali
water pump kerana hayatnya pun hampir tiba. Nak tukar water pump kena
bukak timing belt. So kalau buat sekali, tiada caj tambahan. Spark plug -
every 20,000km. Atau selagi plastik kat tgh tu masih putih dan tiada
kesan terbakar. So kena check spark plug. Kalau spark plug berminyak -
engine dah agak uzur dan kena overhaul sebab piston ring dah haus. Asap
biru kat ekzos jugak adalah tanda piston ring haus dan minyak hitam
terbakar. Walau bagaimanapun, ini bukan servis biasa. Dah kira kerja
yang major juga. Head gasket - tukar apabila minyak leaking kat area tu.
Atau sekiranya berlaku coolant loss akibat dari blown head gasket. Buat
grind valve sekali. Org panggil nie top-overhaul.
20. Biasanya top overhaul tidak diperlukan kepada kereta bawah 7 tahun
atau 200,000km. Tapi ada juga yang mencapai perjalanan dalam 7-80,000km
atau kurang 5 tahun dah kena top overhaul sebab suka lenjan engine. Ini
pun sudah dikira major work. Brake pad - tukar bila haus atau bila rasa
brake kurang mengigit. Biasanya kereta 3-4 tahun sekali. Minyak brake -
pun sama. Anyway brake belakang tahan lebih lama dari brake depan
biasanya double. Bercakap tentang timing belt (juga dipanggil cam belt
kerana ia memacu camshaft), ianya berbeza antara satu pengeluar ke
pengeluar yg lain.
21. Pada asalnya, enjin pembakaran dalam menggunakan camshaft yg di
letak di dalam blok enjin. Secara asasnyanya pertukaran timing belt pada
setiap 100,000km mengikut ketetapan pengeluar di Jepun. Tetapi Jepun
adalah negara bercuaca sederhana sejuk manakala cuaca di Malaysia lebih
panas dan mampu mempercepatkan proses wear and tear timingbelt yang
dibuat dari adunan getah, plastik dan fibre glass. Maka itu, adalah
dinasihatkan pertukarannya dibuat lebih awal iaitu antara 90,000km. Bagi
alat ganti timing belt berkualiti rendah, kita perlu menukar lebih
awal, dalam sekitar 60,000km jarak perjalanan.
22. Sesetengah pengeluar seperti Alfa Romeo mencadangkan pertukaran
timing belt pada jarak hanya 30,000km bagi semua enjin straight 4 twin
spark dan juga enjin V6 bagi model sebelum tahun 1999. Pada tahun 1996
dahulu, ada juga pemilik bengkel memberitahu timing belt boleh tahan
sampai 100,000km, tak perlu tukar pada bacaan 30,000km. Kemudian, kereta
kena tarik masuk bengkel sebab timing belt putus dan enjin kena
overhaul. Bacaan odometer ketika itu = 35,000km. Maka moralnya adalah
kita perlu patuhi spesifikasi servis dan penyelenggaraan pengeluar.
Banyak kenderaan zaman sekarang telah menggunakan timing chain sebagai
ganti kepada timing belt. Ini termasuk Nissan, Honda dan Toyota .Toyota
misalannya menggunakan timing chain bagi semua kenderaan penumpangnya
iaitu :-
Camry ACV30 - enjin 2AZ-FE 2000cc
Corolla Altis ZZE121 - enjin 1ZZ-FE 1600cc
Vios NZE10 - enjin 1NZ-FE 1500cc
23. Model seperti CRV pada mulanya menggunakan timing belt, tetapi untuk
CRV baru generasi kedua, Honda juga kembali memperkenalkan timing chain
melalui enjin i-VTEC. ianya tidak memerlukan pertukaran biarpun sudah
mencecah 500,000 km lantas menjimatkan kos dan menjaga alam sekitar.
Sekiranya mekanisme rantai mengeluarkan bunyi, hanya perlu tukar
tensioner bearing dan segalanya pulih seperti sedia kala.
Tiada ulasan
Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.