Sebelum anda mendaftar talian pascabayar atau postpaid di mana-mana telco, elok anda buat semakan terlebih dahulu samaada anda  telah di ‘blacklist’ oleh mana-mana telco atau sebaliknya.

Cara untuk mengenalpasti semakan blacklist telco tersebut adalah Semakan Kredit Pembekal Perkhidmatan. Anda boleh membuat semakan disini : https://mcredit.u.com.my/microcredit/epsmf/apply/mf/microFinancingFlow?execution=e1s5

Anda boleh menyemak dengan memasukkan nombor kad pengenalan anda dan submit. Sekiranya anda dipaparkan ke bahagian pengisian borang, bermaksud anda tidak di blacklist oleh telco.

Sekiranya anda diblacklist oleh telco, paparan mungkin adalah seperti dibawah :
- Maaf, kami tidak dapat memproses permohonan anda kerana nama anda telah disenarai hitam oleh : CELCOM

Jadi, anda perlu terlebih dahulu menghubungi atau menyemak dengan telco yang dinyatakan untuk membersihkan nama anda.