U-Turn Chicken Chop Murah dan Sedap


Walaupun selalu u-turn di depan ni dan berdekatan dengan rumah kami tapi baru hari ini berkesempatan merasa kesedapan dan kemurahan chicken chop di U-turn Chicken Chop Wakaf Dua, Bukit Payung, Terengganu. Apabila saya pergi ke satu-satu kedai, saya akan menilai perkara berikut:
1. Layanan - cepat ambil order dan cepat siap - kedai ini terbaik.
2. Kebersihan - kedai ini bersih
3. Sedap - makanan di sini sedap jettak kata orang Trg
4. Harga - setiap menu ada pelbagai harga, murah dan berpatutan. Chicken chop serendah RM4.00!
Syabas anak muda. Tauke dan anak buah semuanya anak muda. 5 bintang!

Tiada ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.