Pusat Rawatan Ibu & Bayi HSNZ Kuala Terengganu
Petang tadi melawat mak saudara isteri yang sedang menanti untuk bersalin. Terpaksa berada di wad kerana bayi songsang. Bila berada di sini mengingatkan kita betapa besarnya pengorbanan seorang ibu menghadapi pelbagai ujian dan cabaran sepanjang kehamilan. Hargailah ibu kita.
Pertama kali menjejak kaki di Pusat Rawatan Ibu dan Bayi Hospital Kuala Terengganu (HSNZ) yang dibuka dua tahun lalu. Masa Uwais lahir, masih di wad bersalin lama seminggu sebelum wad bersalin berpindah ke bangunan baru. Bangunan baru serba moden dan selesa ini setaraf hospital swasta. InsyaAllah, 'next baby' akan lahir di sini. :)
Tiada ulasan
Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.